(Buah Durian Belanda Pramatang) (Buah Durian Belanda sudah Matang)
Buah Durian Belanda adalah salah satu jenis buah yang semakin popular pada masa kini, kerana telah banyak pengkaji yang menemui khasiat yang terkandung di dalam buah ini yang bermanfaat untuk kesihatan secara semulajadi.
Buah Durian Belanda adalah salah satu jenis buah yang semakin popular pada masa kini, kerana telah banyak pengkaji yang menemui khasiat yang terkandung di dalam buah ini yang bermanfaat untuk kesihatan secara semulajadi.
Durian Belanda atau nama
saintifiknya Annona Muricata, bukanlah dalam kategori buah durian seperti buah durian yang
popular di Malaysia, tetapi oleh kerana buah ini memiliki duri yang lembut pada
kulitnya maka ia dinamakan sedemikian. Isi buah ini berwarna putih, tekstur isinya lembut dan mempunyai bijih-bijih kecil berwarna hitam. Buah ini rasanya
masa-masam manis.
Buah Durian Belanda ini dikatakan
berasal dari sekitar hutan tropika Negara
Amerika Selatan dan kini telah ditanam di Negara-negara Asia Tenggara, termasuk
Malaysia dan juga Indonesia. Kebiasannya buah ini ditanam di kawasan rumah
kerana saiz pokok buah ini tidak terlalu besar. Tetapi pada masa kini,
penanaman pokok ini telah dilakukan secara komersial di kawasan tanah dan
saliran yang baik kerana permintaan pasaran semakin meningkat.
Para pengkaji telah menemui
vitamin C, vitamin B dan nutrien-nutrien lain yang baik untuk kesihatan
terkandung pada buah ini, termasuk antioksidan yang dapat meningkatkan daya tahan
dan melambatkan proses penuaan.
Sekiranya, terdapat bayi
mengalami keracunan makanan, buah ini boleh digunakan untuk mengubati bayi
tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan sistem imunisasi badan agar tidak
mudah dijangkiti penyakit.
Kadar kandungan gula dalam darah
adalah sesuatu yang amat penting dalam aspek kesihatan, kandungan gula yang
kurang atau berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang dan buah
Durian Belanda ini adalah salah satu makanan yang dapat mengawal kandungan gula
di darah secara semulajadi dan seterusnya dapat membunuh parasit-parasit yang
bersarang di dalam tubuh badan manusia.
Selain itu, kandungan iron yang
terdapat pada buah Durian Belanda dapat membersihkan buah pinggang dan membaiki
sistem penghadaman. Seterusnya, buah ini boleh dimakan untuk mengatasi masalah
kencing tidak lawas.
Buah Durian Belanda ini juga
boleh dijadikan sebagai diet harian untuk menjaga kesihatan jantung dan
mencegah kerosakkan saraf jika dimakan secara konsisten mengikut kadar yang
telah disarankan oleh doktor.
`
Walau bagaimanapun,
jika anda mengalami masalah kesihatan, anda dicadangkan mendapatkan nasihat
doktor terlebih dahulu, sebelum menjadikan buah Durian Belanda sebagai diet
atau salah satu inisiatif untuk merawat masalah kesihatan yang anda alami
0 comments:
Post a Comment