Banyak perkara yang
boleh dilakukan untuk berbakti atau berbuat baik kepada ibu bapa. Antaranya
ialah menghormati dan memuliakan ibu bapa setiap masa. Menghormati ibu bapa
termasuklah menjaga tingkahlaku dan percakapan dengan ibu bapa.
Menjaga maruah ibu bapa
dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah ibu bapa
dan keluarga seperti terlibat dengan pergaulan bebas antara lelaki dengan
perempuan, terlibat dengan kes-kes jenayah. Ramai anak-anak muda pada kini
terlibat dengan budaya tidak sihat tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan
mereka.
Mentaati dan mendengar
nasihat ibu bapa selagi tidak melanggar hukum syarak. Ibu bapa adalah orang
paling dekat dan penasihat yang paling setia kepada anak-anak. Mereka tidak
akan pernah berasa jemuh dan penat untuk menasihati anak-anak untuk kebaikan
masa depan.
Apabila usia ibu bapa
makin senja kudrat mereka akan semakin berkurangan. Banyak aktiviti harian
mereka terpaksa meminta pertolongan daripada orang terdekat terutama anak-anak.
Ramai ibu bapa yang sudah tua hilang punca pendapatan kerana kudrat mereka
tidak lagi mampu untuk bekerja dan terpaksa mengharapkan ihsan daripada anak-anak.
Anak-anak akan bertanggungjawab menjaga mereka dengan baik sebagai tanda
berterima kasih dan mengenang jasa mereka.
Menjaga ibu bapa dengan
baik akan mendapat balasan baik dari Allah S.W.T. dan mendapat keberkatan hidup
sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Walaupun, sibuk dengan urusan
mencari rezeki dan menunaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa, hidup akan lebih
tenang dan lebih bahagia. Selain itu, anak-anak yang berkorban untuk menjaga
ibu bapa akan dihormati dan dicontohi oleh masyarakat.
Anak yang ingkar dengan
perintah dan derhaka kepada ibu bapa akan mendapat balasan buruk di dunia dan
akan diazab di akhirat. Selain itu akan dipandang hina oleh masyarakat
sekeliling.
0 comments:
Post a Comment