Melancong
atau melawat sesuatu kawasan dapat memberi satu pengalaman yang amat berharga dan
menyeronokkan kepada seseorang individu. Tidak kira sama ada melancong di dalam
atau di luar Negara. Di Negara kita sendiri ada banyak tempat pelancongan
menarik yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Salah satu tarikan pelancong paling utama ialah pemandangan yang menarik, seterusnya kemudahan pengangkutaan, kemudahan penginapan dan tempat makan yang menyelerakan. Namun, masih ada lagi tempat-tempat menarik yang masih tidak mendapat perhatian atau tidak dikenali oleh orang ramai. Oleh kerana, tiada kemudahan pelancongan di kawasan tersebut.
Sebagai contoh, Pulau Tiga atau lebih dikenali sebagai Pulau Simmamuak oleh masyarakat setempat, pulau ini terletak di antara Pulau Banggi dan Pulau Balambangan Kudat, Sabah. Pulau ini bersaiz kecil sahaja dan kedudukannya agak terpencil.

Pulau Simmamuak ini sekarang tidak berpenghuni
tetapi pernah menjadi kawasan penempatan pada suatu ketika dahulu. Dijadikan
kawasan penempatan oleh para nelayan kerana pulau ini strategik dan mempunyai
sumber laut yang banyak. Penduduk yang pernah mendiami pulau ini telah
berpindah ke kawasan yang berhampiran seperti Pulau Banggi dan Kudat.
Sudut pandang
dari Pulau Banggi.
Perahu
atau kapal nelayan adalah pengangkutan utama yang digunakan untuk berkunjung ke
pulau ini. Tiada kemudahan pengangkutan khas atau penginapan yang disediakan,
seperti mana yang terdapat di pulau-pulau pelancongan lain di Negeri Sabah.
Pulau Simmamuak ini masih kaya dengan hidupan marin dan salah satu kawasan menjadi tumpuan para nelayan dari kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan hasil tangkapan. Pulau ini juga menjadi kawasan persinggahan para nelayan semasa keadaan laut bergelora.
Kawasan pulau ini bersih secara semulajadi. Tiada jawatankuasa khas yang bertanggungjawab membersihkan kawasan pulau ini. Salah satu faktor pulau ini selalu dalam keadaan bersih, kerana jauh dari kawasan penempatan dan jarang dikunjungi.
Waktu yang paling sesuai berkunjung ke sini adalah pada musim air surut. Batu-batu dan pasir putih yang mengelilingi pulau ini akan kelihatan semasa air surut. Batu dan pasir putih di sekitar pulau ini akan menampakkan lagi keindahan pulau ini. Selain itu, banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sekitar pulau pada masa tersebut.
Keindahan Pulau Simmamuak ini akan memberi kepuasan dan pengalaman yang amat berharga kepada mereka yang berkunjung ke sini. Pemandangan semulajadi dan suasana tenang di sini, amat sesuai dijadikan sebagai destinasi untuk menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan..
0 comments:
Post a Comment