Berhias diri dalam
Islam bermaksud menjaga diri dari segi zahiriah dan batiniah. Islam amat
menuntut umatnya supaya berhias diri pada zahir dan batin.
Adab berhias diri pada
zahiriah seseorang adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian-harian.
Adab berhias diri pada zahiriah terdiri daripada menjaga kebersihan dan
keselamatan fizikal. Menjaga cara berpakaian sebagai seorang muslim, berpakaian
sopan yang tidak menjolokkan mata dan sentiasa dalam keadaan bersih.
Islam juga menggalakkan
umatnya memakai wangi-wangian yang harum dan sederhana, bau yang tidak
menyenangkan atau wangi-wangian yang berlebih boleh mengganggu orang
sekeliling. Perempuan muslim juga dibolehkan memakai perhiasan yang diperbuat
daripada emas, perak, berlian, permata dan sebagainya yang dibenarkan oleh
hukum syarak.
Adab berhias diri
secara batiniah pula lebih kepada menjaga kebersihan dalaman, seperti menjaga
kebersihan jiwa, salah satu cara membersihkan jiwa ialah dengan memperbanyakkan
berzikir dan menunaikan ibadat fardu dengan istiqomah.
Penjagaan akhlak dengan
memiliki sifat-sifat mahmudah termasuklah mempunyai perangai atau tingkahlaku
yang baik juga adalah amat penting kerana seseorang yang berakhlak baik akan
disenangi dan disayangi oleh orang ramai. Selain itu, banyak perkara-perkara
yang tidak diingini dapat dielakkan sama ada melibatkan manusia sesama manusia
atau manusia sesama makhluk lain.
Di samping keghairahan
menghiasi diri terdapat cara berhias diri yang dilarang dalam Islam. Antaranya,
kaum lelaki dilarang memakai emas seperti cincin, gelang, rantai dan sejenis
denganya. Kaum lelaki juga dilarang memakai sesuatu yang diperbuat daripada
kain sutera.
Memakai pakaian yang
menyerupai jantina lain dan mengubah anggota badan asal untuk tujuan kecantikan
yang menjadi budaya pada kini, sebagai contoh wanita memakai pakaian menyerupai
lelaki atau lelaki memakai pakaian yang menyerupai wanita. Menyambung rambut
atau memakai rambut palsu juga adalah cara berhias diri yang dilarang dalam
Islam.
Budaya mewarnakan
rambut juga adalah satu budaya yang semakin popular di kalangan anak-anak muda
pada kini dan Islam melarang umatnya mewarnakan rambut menggunakan
pewarna-pewarna yang mengandungi bahan-bahan yang terlarang. Namun, pada masa
kini sudah banyak pewarna-pewarna rambut dijual di pasaran yang diperbuat
daripada bahan-bahan semulajadi dan halal untuk digunakan.
Memang sudah fitrah
semulajadi manusia suka pada keindahan dan kecantikan, namun berhias diri
hendaklah bersesuaian dengan ketetapan hukum syarak. Tidak berhias diri secara
berlebihan dan melampaui batas sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan hendaklah
bersesuai dengan kemampuan kewangan.
0 comments:
Post a Comment