Islam telah
mensyariatkan dan Allah S.W.T. memberikan pahala jika peniaga jujur dalam
perniagaan. Berniaga adalah satu amalan muamalah yang telah dijalankan sejak
berkurun lamanya. Jual beli pada masa dahulu dilakukan dengan cara pertukaran
barang dengan barang (sistem barter) dan tidak menggunakan nilai mata wang
seperti sekarang. Terdapat beberapa adab untuk memudahkan urusan perniagaan ;
Adab
peniaga kepada pembeli :
Peniaga mestilah berniaga dengan jujur,
amanah dan tiada unsur penipuan yang boleh menindas pembeli. Seorang peniaga
mestilah memiliki rasa ihsan kepada pembeli dan tidak hanya pentingkan
keuntungan semata-mata. Peniaga Islam tidak berniaga dengan cara yang ditegah
oleh Islam seperti menipu sukatan, timbangan dan ukuran. Seorang peniaga
mestilah berniaga bersungguh-sungguh dan tekun dengan kerelaan hati dan juga
sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat perniagaannya.
Adab
pembeli ketika berjual beli :
Sebagai seorang pembeli kita juga mesti
ada sikap toleransi, membeli dengan ikhlas dan tidak mempermainkan peniaga.
Benar-benar ingin membeli dan tidak menawar harga yang tidak patut sehingga
menimbulkan kemarahan dan merugikan peniaga. Selain itu, pembeli membeli barang
adalah atas keperluan bersama bukan kerana simpati atau terpaksa.
Adab
peniaga dan pembeli dalam urusan jual beli :
Urusan jual beli antara peniaga dan
pembeli mestilah mempunyai sifat tolak ansur untuk memudahkan urusan semasa
proses jual beli diadakan. Pembeli berhak membuat pilihan yang sesuai asalkan
tidak menyusahkan pihak peniaga. Semasa urusan jual beli diadakan, peniaga dan
pembeli hendaklah menjaga kepentingan bersama supaya tidak timbul penyesalan
dan kedua-dua pihak berpuas hati dalam urusan tersebut. Selain itu, peniaga dan
pembeli mestilah mengadakan lafaz ijab dan kabul, iaitu persetujuan memberi dan
menerima.
Kejujuran dan
keikhlasan dalam urusan jual beli adalah dituntut oleh Allah S.W.T. dan peniaga akan mendapat keberkatan dalam
menjalankan perniagaan yang mengikut syariat Islam. Perniagaan juga adalah
salah satu sumber yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negara.
0 comments:
Post a Comment