Seperti yang kita semua sudah tahu, produk ini adalah rangkaian produk antibakteria yang sesuai digunakan untuk gaya hidup sihat dalam kehidupan harian. Produk Aiken dibuat di Malaysia untuk WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD, yang terletak di Subang Jaya Selangor.
Saya telah tertarik dengan produk ini kerana jenama Aiken sudah lama berada di pasaran. Selain itu, kandungan Tea Tree Oil yang terdapat pada produk ini. Banyak produk yang ada di pasaran menggunakan Tea Tree Oil sebagai bahan utama. Namun, saya lebih tertarik kepada produk Aiken kerana harganya mampu milik dan boleh didapati di Watson dan Guardian.
Sebahagian produk Aiken yang selalu saya gunakan :
1. Antibacterial Talc,
Saya menggunakan bedak antibakeria ini apabila perlu sahaja, apabila mengalami masalah kulit seperti gatal-gatal. Namun bedak ini selalu ada di rumah untuk kegunaan kami sekeluarga. Bedak ini amat berkesan untuk merawat masalah kulit dan penggunaannya juga sangat senang hanya letak sedikit di bahagian kulit yang bermasalah.
2. Face & Body Day Lotion,
Face & Body Day Lotion ini sangat sesuai untuk orang yang sering terkena cahaya matahari atau digunakan sewaktu ingin melakukan aktiviti luar seperti berkelah dan mendaki bukit. SPF25 yang terkandung pada produk ini dapat melindungi kulit dari sinaran UV. Face & Body Day Lotion ini juga cepat menyerap ke dalam kulit. Saya menggunakan produk ini setiap hari kerana saya selalu terdedah kepada cuaca panas dan kesannya sangat memuaskan.
3. Facial Cleanser,
Facial Cleanser adalah produk keluaran Aiken pertama yang saya gunakan. Saya telah mencuba pelbagai jenama Facial Cleanser tapi kebanyakkan tidak berapa sesuai dengan kulit saya. Selama saya menggunakan produk ini, jerawat seolah-olah takut mahu tumbuh. Facial Cleanser ini juga amat sesuai untuk kulit yang berminyak. Selepas menggunakan Facial Cleanser kulit muka akan terasa pedas-pedas sedikit dan berasa segar.
4. Toner,
Toner ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengecilkan liang roma di muka. Toner Aiken ini juga mampu melembabkan dan melembutkan kulit. Saya pakai hanya sekali dalam sehari selepas menggunakan Facial Cleanser, berapa kali pakai dalam sehari itu bergantung kepada individu, ikut kesesuaian kulit masing-masing.
Moisturiser adalah produk keluar Aiken yang paling saya suka, kadang-kadang tidak sedar sudah terlebih pakai. Ini antara produk Aiken yang cepat habis saya gunakan. Isinya berwarna putih lembut, sejuk apabila disapu di bahagian muka. Moisturiser ini juga cepat menyerap ke dalam kulit dan mampu melembabkan kulit.
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit terutama sekali masalah jerawat yang sering menghuni muka anda, anda boleh mencuba produk ini. ada banyak lagi produk-produk Aiken yang lain. Masa mula-mula guna memang akan keluar semua penghuni-penghuni muka, kalau konsisten baru akan nampak hasilnya. Tetapi ikut kepada kesesuaian kulit masing-masing.
Maaf nak tanya.. Sy pakai moisturizer aiken ni bru dlm dua tiga hari camtu.. lepas beberapa hari apply moisturizer ni macam ada jerawat kluar skit².. Normal ke kalau camtu ? Mohon pencerahan,, tq😊
ReplyDeleteMaaf nak tanya.. Sy pakai moisturizer aiken ni bru dlm dua tiga hari camtu.. lepas beberapa hari apply moisturizer ni macam ada jerawat kluar skit².. Normal ke kalau camtu ? Mohon pencerahan,, tq😊
ReplyDeleteEyaa, menang mcm tu la klau baru guna.. Bila da lama guna dia akan hilang..
ReplyDeleteNk tnya facial cleanser sesuai di pakai waktu bila ya supaya dpt kesan yg baik... And sebelum pakai tu kena basuh muka dulu ke boleh terus pakai tanpa basuh muka
ReplyDeleteSekurang kurang 2 kali sehari
DeleteKulit sensetif boleh guna kah
ReplyDeleteAiken tea tree oil nih jenis kulit berminyak boleh pakai ke
ReplyDeleteboleh
DeleteNak tanya, apa beza skincare set botol hijau dgn botol biru?
ReplyDeletebotol hijau more to kulit berjerwat and berminyak
Deletetp klau botol biru more to kukit kering and dehidrasi
yg hijau ni untuk kulit berjerawat & berkinyak ka?
ReplyDeleteYa
Deletehai boleh saya tanye kalau produk ni tak sesuai dengan muka boleh menyebabkan kulit muka menggelupas or kering ke
ReplyDeleteBila sy pkai facial cleanser rsa mcm gatal² dekat muke sy
ReplyDeleteKulit kombinasi sesuai ka ni?
ReplyDeleteMoisturiser elok pakai berpa kali sehari
ReplyDeleteBoleh ke pergunaan ya disamakan
ReplyDelete