Wednesday, March 4, 2020

0 Punca Seseorang Bunuh Diri


   Membunuh diri adalah perbuatan dosa besar dan manusia tidak boleh sewenang-wenangnya mencabut nyawa kerana nyawa manusia adalah hak milik Allah S.W.T.. Islam melarang keras umatnya membunuh diri atau membunuh orang lain, kecuali dengan hak, seperti mahkamah berhak menjatuhkan hukuman mati atau hukuman gantung mandatori kepada individu yang didapati bersalah.

   Antara punca berlakunya peningkatan kes bunuh diri yang sering berlaku pada masa kini ialah iman yang lemah dan kurang keyakinan kepada Allah S.W.T.. Allah telah merancang setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang umat-Nya, sama ada ajal, jodoh dan juga rezeki. Sebagai seorang umat Islam kita harus yakin dengan ketentuan-Nya, kerana Allah S.W.T. adalah sebaik-baik perancang.

   Putus asa dalam hidup kerana kecewa dan mengalami kegagalan dalam hidup sama ada gagal dalam kerjaya atau perniagaan, gagal dalam pelajaran dan gagal dalam hubungan. Bagi mereka yang memiliki motivasi yang tinggi perkara ini tidak akan berlaku, kerana kegagalan yang dialami boleh dijadikan sebagai guru atau teguran yang paling bermakna untuk memperbaiki kelemahan diri.

  Disamping itu, seseorang yang mengalami masalah dan penderitaan yang berat. Sebagai contoh, menghadapi masalah keluarga, meghidapi penyakit yang serius dan mengalami tekanan dari orang sekeliling. Masalah dan dan penderitaan boleh datang dalam berbagai bentuk dan perlu ditangani dengan cara yang baik dan sabar untuk menggelak masalah dan penderitaan tersebut semakin serius.

   Selain itu, Merasakan bunuh diri adalah penyelesaian yang terbaik dan jalan terakhir. sebenarnya ini adalah cara penyelesaian yang salah sama ada di sisi undang-undang Negara ataupun agama. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian terbaik. Jika kita tidak mampu menyelesaikan sendiri masalah tersebut, kita juga boleh minta bantuan orang lain yang boleh dipercayai.

  Oleh sebab itu, kita diwajibkan belajar dan mendalami ilmu agama dan juga menjalani kehidupan harian berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Yakin dengan hikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. di sebalik permasalahan yang berlaku akan membuatkan seseorang itu lebih kuat dan tenang menghadapi masalah. Selain itu, belajar reda dengan apa yang telah berlaku kepada diri ataupun keluarga.

0 comments:

Post a Comment

 

Apresiasi Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates