Peringkat pertama ialah
sebelum taubat. Menghentikan perbuatan maksiat Taubat ialah kembali semula taat
kepada perintah Allah S.W.T. setelah benar-benar menyesal kerana melanggar
perintah-Nya dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu dan mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T..
Taubat adalah cara
untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan dan tidak mahu mengulangi lagi
kesilapan yang sama dan memperbetulkan niat untuk melakukan kebaikan. Hukum
taubat adalah wajib untuk semua umat Islam.
Taubat nasuha pula
ialah taubat sungguh-sungguh dan benar-benar merasa kesal atas dosa yang telah
dilakukan dan berjanji tidak mahu mengulanginya lagi.
Banyak orang salah
faham tentang masa taubat. Mereka selalu berfikir untuk bertaubat apabila sudah
tua kerana bagi meraka pada masa itulah sesuai untuk bertaubat. Sedangkan ajal
boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Syarat-syarat taubat terbahagi kepada
tiga peringkat:
Peringkat pertama
sebelum taubat iaitu menghentikan perbuatan maksiat dengan serta-merta dan menahan
diri untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Mengagungkan kebesaran Allah
S.W.T. dan mensyukuri nikmat pemberian-Nya. Menyesali dosa yang telah dilakukan
dan berazam tidak mahu mengulangi kembali perbuatan dosa tersebut. Muhasabah
dan sentiasa memperbaiki diri sebelum taubat juga adalah salah satu aspek
penting.
Seterusnya adalah
semasa taubat. Umat Islam hendaklah bertaubat dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh, mulai dengan solat sunat taubat, sebaik-baiknya empat
rakaat dan ditunaikan di masjid. Membaca istigfar setiap hari kerana istigfar
adalah salah satu cara penghapus dosa. Memohon keampunan terus kepada Allah
S.W.T. dan memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin atau orang yang
memerlukan. Berpuasa sekurang-kurangnya sehari.
Selepas bertaubat umat
Islam perlu segera memohon maaf kepada orang yang pernah dianiaya. Menunaikan
ibadat fardu dan memperbanyakkan ibadat sunat untuk menghapuskan dosa. Menerima
hukuman atau balasan Allah S.W.T. di dunia mengikut syariat Islam. Mengqadak
segala kewajipan yang pernah ditinggalkan dan membenci dosa yang pernah
dilakukan. Di samping itu, menggembalikan semula harta kepunyaan orang lain
yang telah diambil tanpa kebenaran.
Setiap umat Islam perlu
bertaubat supaya tidak terhalang beribadat kepada Allah S.W.T. dan amal ibadat
tersebut diterima oleh Allah S.W.T.. bertaubat juga adalah cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Sekiranya tidak bertaubat dan berterusan
dengan dosa, hati akan hitam, kelam, keras dan terus dalam kemaksiatan.
0 comments:
Post a Comment