Arak
dalam bahasa arab ialah Khamar,
iaitu minuman yang memabukkan atau merosakkan akal fikiran seseorang. Sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud, segala yang memabukkan ialah khamar dan setiap
khamar itu adalah haram. Minum sedikit atau banyak, mabuk atau tidak hukumnya
tetap haram dan berdosa.
Dadah
ialah sesuatu bahan kimia yang memberi kesan atau perubahan negatif apabila
masuk ke dalam tubuh badan sama ada dihidu, ditelan, disuntik ataupun diminum.
Penyalahgunaan dadah membahayakan kesihatan dan merosakkan masa depan
seseorang.
Banyak kesan buruk
hasil daripada minum arak dan penyalahgunaan dadah bukan sahaja kepada individu
tersebut, keluarga dan Negara. Minum arak dan penyalahgunaan dadah boleh
menyebabkan seseorang hilang waras atau gila apabila terlampau ketagih. Minum
arak dan penyalahgunaan dadah adalah salah satu faktor peningkatan kes jenayah
seperti rompakan, ragut, pecah rumah dan sebagainya.
Minum arak dan penyalahgunaan
dadah boleh merosakkan rumahtangga dan menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Ketagihan minum arak dan penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan seseorang
hilang rasa tanggungjawab kepada keluarga, isteri dan anak-anak dan juga boleh
menyebabkan berlaku penceraian.
Di samping itu, minum
arak dan penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan berlaku pergaduhan dan
permusuhan. Seseorang yang berada dalam pengaruh alkohol akan hilang kewarasan
dan akan melakukan kerosakkan atau mengganggu orang lain. Banyak kes kemalangan
dan kes jenayah berlaku pada masa kini melibatkan arak dan penyalahgunaan dadah
sehingga meragut nyawa orang lain.
Bagi umat Islam, minum
arak dan penyalahgunaan dadah akan menyebabkan hilang iman seseorang itu jika
berterusan dengan sengaja minum arak. Seterusnya, menghalang seseorang daripada
mengingati Allah S.W.T. dan mendorong untuk meninggalkan solat sehingga banyak
kebaikan tertutup untuknya dan akan diazab di akhirat kelak.
Minum arak dan
penyalahgunaan dadah dapat dielakkan dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu agama. Peranan media juga amat
penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya minum arak dan
penyalahgunaan dadah. Selain itu, melibatkan diri dengan aktiviti
kemasyarakatan seperti kerja-kerja amal dan mengeratkan hubungan bersama
keluarga.
0 comments:
Post a Comment