Saturday, March 7, 2020

0 Kesan Buruk Perbuatan Zina


  Dewasa kini, perbuatan zina semakin meningkat di kalangan golongan remaja. Paling membimbangkan, ramai golongan remaja di bawah umur yang terjebak kepada perbuatan ini. Hal ini, kerana kemajuan telekomunikasi yang ada sekarang disalahgunakan untuk tujuan yang salah dan kurangnya didikan agama.

  Zina ialah melakukan persetubuhan secara haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan yang sah mengikut hukum syarak. Islam melarang keras perbuatan zina kerana banyak kesan buruk daripada perbuatan ini.

 Setiap perbuatan maksiat yang dilakukan oleh seseorang akan mendapat balasan dosa dan hidup tidak akan diberkati oleh Allah S.W.T.. Umat Islam yang terjebak kepada perbuatan ini hendaklah segara bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T.. Hati tidak akan tenang kerana perbuatan zina akan menghalang seseorang daripada beribadat dan menginggati Allah S.W.T..

  Perbuatan zina akan mencemarkan maruah individu dan keluarga, terutama sekali maruah ibu bapa. Perbuatan ini juga akan meruntuhkan hubungan kekeluargaan kerana berasa malu dengan orang sekeliling sehingga keluarga tersebut mendapat tekanan dan kerap berlaku pergaduhan dalam keluarga.

 Di samping itu, melahirkan zuriat yang tidak sah dan akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang seperti perwalian, harta pusaka dan sebagainya. Anak luar nikah yang dilahirkan akan menggunakan nama Abdullah sebagai nama ganti bapa, sekiranya anak tersebut adalah perempuan perkara ini akan menimbulkan masalah perwalian.

  Perbuatan zina adalah punca utama peningkatan kes pembuangan bayi dan pengguguran bayi. Mereka yang terlibat lebih cenderung memilih jalan singkat untuk menutup malu tanpa memikirkan dosa atas perbuatan mereka. Kes ini selalunya berlaku disebabkan pasangan mereka tidak mahu bertanggungjawab.

  Selain itu, perbuatan ini juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti AIDS dan sebagai. Pasangan dan anak-anak yang tidak berdosa boleh dijangkiti oleh penyakit-penyakit berbahaya hasil daripada penzinaan. Kebanyakkan penyakit hasil dari penzinaan ini sukar untuk diubati.

 Perbuatan zina ini juga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan, pergaduhan dan menanam sifat dendam dalam keluarga atau masyarakat. Kebanyakkan pergaduhan berlaku antara dua pihak keluarga lelaki dan keluarga perempuan atau dalam keluarga itu sendiri kerana berasa malu dengan masyarakat sekeliling.

 Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah sangat penting, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru. Ibu bapa juga perlu banyak meluangkan masa bersama-sama anak-anak dan memantau aktiviti harian mereka. Di samping, memantau penggunaan alat telekomunikasi setiap anak-anak.

0 comments:

Post a Comment

 

Apresiasi Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates